Ramadhan: Apakah Boleh Solat Witir 3 Rakaat Satu Salam?

Kebiasaan yang dilihat ataupun yang dilakukan oleh kia ialah melakukan solat Witir 3 rakaat dengan dua salam. iaitu 2 rakaat dan satu rakaat. Panel Feqh al-ahkam.net pernah ditanya tentang solat Witir 3 rakaat 1 salam. Bolehkah? Atau bagaimana?

Ustaz al-Jawhar menjawab: Solat witir dikerjakan sebanyak 3 , 5 , 7 ,9 dan 11 rakaat. Bagi yang mengerjakan solat witir 3 rakaat , hendaklah ia tidak duduk (tahiyyat awal) kecuali pada rakaat yang akhir.Iaitu membaca tasyahhud akhir dan salam.Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw , daripada Saidatina A’isyah ra : (Baginda saw) tidak duduk sama sekali semasa mengerjakannya melainkan pada rakaat yang terakhir. (HR Muslim no : 737)

Berkata Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah : Tidak harus menjadikan solat witir seperti solat Maghrib.

Apa yang dapat difahami daripada kata-kata Ibn Taimiyyah ini ialah solat witir itu mestilah berbeza dengan solat maghrib , walaupun sama dari segi bilangan rakaatnya.Maka pada solat witir itu tidak boleh dilakukan tahiyyah awal yang mana jika dilakukan akan menyebabkan persamaan pada kedua-dua solat tersebut (maghrib dan witir).

Hujjah di atas juga dikuatkan dengan dalil hadis Rasulullah saw :
Janganlah Kamu mengerjakan solat witir 3 rakaat seperti solat maghrib. (HR Al-Hakim.Ibn Hajar al-‘Asqalani mengatakan sanad hadis ini sahih mengikut Bukhari dan Muslim.Rujuk Fath al-Bari m jilid 4 ,ms :301)

Sekiranya solat witir yang dilakukan secara jahr , maka bacaan yang perlu dijahrkan hanyalah pada 2 rakaat pertama sahaja , iaitu rakaat pertama dan kedua.Manakala pada rakaat ketiga dibaca secara perlahan (sirr)

Walaubagaimana pun dibolehkan juga untuk membaca secara jahr pada ketiga-tiga rakaat solat witir tersebut sebagaimana yang di amalkan di Masjid Nabawi , Madinah Al-Munawwarah….WaAllahu A’lam

Ruj:
Al-Mulakhkhas Al-Fiqhi , Asy-Syaikh Dr.Salih bin Fauzan
Taysir al-‘Allam syarh ‘umdatu al-Ahkam , Asy-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam.

Sumber: http://www.al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=95&t=36808

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s