SOAL JAWAB RAMADAN 2 AMALAN AMALAN DI BULAN…

AMALAN-AMALAN DI BULAN RAMADAN

1. Apakah cara terbaik untuk saya menghayati bulan Ramadan dan menambah amalan di dalamnya?

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud: “Bulan Ramadan diturunkan padanya Al Quran, sebagai petunjuk itu dan pembeda (di antara yang hak dan yang batil).”

Sesuai dengan bulan Al-Quran ini, maka penghayatannya melibatkan tiga cara:

1. Berusaha membanyakkan amal baik dengan tujuan mngukuhkan keimanan dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

2. Mempertingkatkan ilmu, melalui pembacaan dan pengkajian Al-Quran, serta mempelajari sejarah Baginda Rasulullah S.A.W.

3. Menghayati nilai murni yang ditunjukkan dalam Al-Qur’an, terutama dari sudut akhlak. Tingkah laku kita sebagai orang yang beriman harus mencerminkan akhlak mulia yang diajar dalam kitab tersebut.

Penghayatan bulan Ramadan dan Al-Quran tidak terbatas dalam lingkungan solat dan puasa secara ritual sahaja. Malah, lebih dari itu, mesti menghayatinya dalam setiap aspek kehidupan seharian dan melahirkannya dalam tingkah laku, pertuturan dan gerak hati kita.

2. Saya ingin menunaikan solat terawih. Bagaimana caranya?

Solat terawih adalah sangat digalakkan pada malam-malam Ramadan. Ia adalah ibadat khusus di dalam bulan Ramadan, dan tidak dilakukan pada bulan-bulan lain.

Masanya adalah setelah seseorang itu mengerjakan solat fardu Isyak. Afdal (utama) dikerjakan berjemaah di masjid. Namun, boleh dikerjakan bersendirian juga.

Solat terawih boleh dilaksanakan sebanyak 8 rakaar, 20 rakaat atau 36 rakaat, setiap 2 rakaat dengan satu salam. Cara menunaikannya adalah sama seperti solat sunat biasa (seperti sunat qabliyah (sebelum) atau ba’diyah (selepas) bagi solat fardhu lima waktu).

Menurut hadis Imam Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah R.A maksudnya:

“Adalah Rasulullah S.A.W sangat sukacita menganjurkannya supaya beramal di malam-malam bulan Ramadan, hanya Baginda itu tidak menganjurkannya dengan keras. Baginda S.A.W bersabda: “Sesiapa yang menunaikan ibadat solat pada malam-malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah S.W.T, nescaya diampunkan oleh Allah dosa-dosanya yang lalu.”

3. Bagaimana saya boleh mengerjakan solat witir?

Witir bermakna angka yang ganjil. Solat witir boleh dikerjakan pada tiap-tiap malam dan yang lebih afdal adalah pada bulan Ramadan, samada bersendirian atau berjemaah. Solat ini dikerjakan sekurang-kurangnya 1 rakaat dan boleh dikerjakan 3 rakaat, 5 rakaat, 7 rakaat, 9 rakaat dan sebanyak 11 rakaat.

Imam Abu Daud dan An-Nasa’I telah meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Ayyub yang maksudnya: “Rasulullah S.A.W pernah bersabda “Solat witir itu adalah benar. Siapa yang suka mengerjakannya lima rakaat, kerjakanlah. Siapa yang suka mengerjakannya tiga rakaat kerjakanlah, dan siapa yang suka mengerjakannya satu rakaat sahaja pun, kerjakanlah.”

Niat witir dua rakaat di dalam jemaah adalah seperti: “Sahaja aku solat witir dua rakaat menjadi makmum kerana Allah ta’ala.” Niat witir satu rakaat pula di dalam jemaah adalah seperti: “Sahaja aku solat witir satu rakaat menjadi makmum kerana Allah ta’ala.”

4. Saya ingin mengerjakan solat witir berjemaah di masjid.

Namun, saya berniat ingin bangun waktu malam. Bolehkah saya mengerjakan solat witir sekali lagi, sedangkan tidak ada dua witir pada satu malam, seperti hadith Rasulullah S.A.W?

Solat witir boleh dilaksanakan dari 1 sehingga 11 rakaat. Ia dilaksanakan selepas solat terawih di kebanyakan masjid untuk menutup tirai solat di waktu malam di dalam bulan Ramadan. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang itu telah menunaikan solat witir sebanyak 3 rakaat selepas terawih dan kemudian bangun di waktu malam menunaikan solat tahajjud, ia boleh menunaikan solat witir sebagai penambahan bagi 3 rakaat yang dilaksanakan selepas terawih.

Caranya adalah dengan hanya bersolat 2, 4, 6, atau 8 rakaat dengan niat “Sahaja aku dirikan 2 rakaat dari solat sunat witir kerana Allah ta’ala.” Dengan demikian, ia tidak dikira mendirikan 2 witir pada satu malam kerana

Baginda Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tidak ada dua witir pada satu

malam.”

5. Saya terdengar seorang Ustaz menyebut kelebihan solat malam yang dinamakan solat tahajjud. Apakah solat itu, dan bagaimana boleh saya melaksanakannya?

Solat tahajjud dianjurkan selepas tidur di waktu malam dan sebelum tiba waktu subuh. Ia boleh dilaksanakan sebanyak mungkin, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 19 yang bermaksud: “Pada sebahagian

malam, bersolat tahajjudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan.”

Niat bagi solat ini adalah seperti: “Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat kerana

Allah ta’ala.”

6. Apakah itu iktikaf?

Iktikaf artinya berhenti seketika atau lebih di dalam masjid dengan niat beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah.

Hukumnya sunat dan istimewa pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.

Sayidatina Aisyah R.A meriwayatkan yang maksudnya: “Adalah Rasulullah S.A.W melakukan iktikaf sesudah tanggal 20 Ramadan. Hal ini menjadi amalan Baginda hingga Baginda wafat.”

Niat iktikaf adalah seperti: “Sahaja aku beriktikaf dalam masjid ini kerana

Allah ta’ala.”

7. Saya sering mendengar tentang istimewanya malam Lailatul qadar. Adakah perlu saya beribadat pada malam tersebut? Kalau ia, bagaimana?

Firman Allah dalam Surah Al-Qadr ayat 1-3 yang bermaksud: “Kami telah menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Adakah kamu tahu apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan…”

Para Ulama berselisih pendapat tentang masanya Lailatul Qadar. Di antara pendapat tentang masanya Lailatul Qadar jatuh pada malam-malam yang ganjil selepas tanggal 20 Ramadan iaitu: 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.

Pada malam-malam itu, sangat elok kalau kita memperbanyakkan ibadat seperti solat, membaca Al-Quran, berselawat, berzikir dan memohon doa minta diampunkan dosa.

Imam Ahmad, Ibnu Majah dan At-Tarmidzi telah melaporkan sebuah hadis yang diterimanya dari Sayidatina Aisyah R.A bahwa Rasulullah S.A.W telah mengajarkan kepadanya doa yang diucapkan pada malam Lailatul Qadar iaitu yang bermaksud: “Wahai Tuhanku, bahawasanya Engkau Tuhan yang maha Pemaaf, Engkau menggemari kemaafan, maka maafkanlah daku.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s