Qadha’, Jamak & Qasar.

Apakah bezanya solat jamak dan solat qasar?

Ada dua jenis solat bagi orang yang belayar: Jama’ dan Qasar. Jama’ bermaksud menghimpunkan dua solat fardhu dalam satu waktu. Dan ia ada dua jenis: Jama’ taqdim, dan Jama’ Takhir. Jama’ Taqdim adalah mengerjakan solat Asar dalam waktu Zohor, dan solat Isyak dalam waktu Maghrib. Jama’ Takhir pula adalah mengerjakan solat Zohor dalam waktu Asar, dan solat Maghrib dalam waktu Isyak.
Qasar pula bermaksud memendekkan solat 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Solat Jama’ dan Qasar adalah anugerah dari Allah untuk memudahkan mereka yang belayar mengerjakan

Apakah bezanya antara solat jamak dan solat qadha’?

Jamak solat bererti menggabungkan dua solat dalam satu waktu, iaitu:

  1. melakukan solat zohor dan asar pada waktu zohor atau waktu asar
  2. melakukan solat maghrib dan isya’ pada waktu maghrib atau isya’

Jamak solat boleh dilakukan sekiranya ada keperluan mendesak seperti bermusafir atau menghadapai kecemasan.
Qadha’ solat pula bermakna menggantikan solat yang tertinggal pada waktu lain. Ia boleh dilakukan sekiranya seseorang itu terlupa atau tertidur, dan boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Mana satukah yang harus dilakukan dahulu, solat qadha’ atau solat yang sudah masuk waktunya?

Solat qadha’ perlu dilakukan dan adalah lebih baik anda menunaikan solat yang sudah masuk waktu kemudiannya melakukan solat qadha’ anda dengan tanpa melengah-lengahkannya.

Adakah wajib mengqadha’ jika tertinggal salah satu solat lima waktu?

Solat lima waktu adalah wajib. Sekiranya seseorang itu tertinggal solat tersebut kerana lupa, tidur, atau gila, maka wajib ia mengqadha’ solat tersebut. Adapun jika ia sengaja meninggalkan solat tersebut, maka mengikut jumhur ulama Syafii, wajib ia mengqadha’ juga solat tersebut.

Bagaimanakah seseorang itu membayar semula (qadha’) solat yang telah lama ditinggalkan?

Seseorang itu wajib mengqadha’ solatnya. Tidak kira samada ditinggalkan dengan sengaja atau tidak. Ini menurut pendapat kebanyakan ulama. Adalah perkara yang sangat baik jika seseorang itu telah menyedari silapnya dan ingin membayar semula solat yang telah ditinggalkan itu. Adalah baik juga jika seseorang itu membuat taksiran tentang jumlah berapa banyak solat yang telah ditinggalkan. Jika terdapat cara lain untuk membuat taksiran tersebut, maka wajiblah cara itu digunakan. Kalau tidak, taksiran sendiri juga boleh digunakan.
Apa yang boleh dilakukan sekarang adalah untuk mengqadha’ semula solat tersebut. Ia boleh dilakukan secara beransuran seperti melakukannya selepas setiap solat fardhu. Contohnya, melakukan qadha’ Zuhur selepas menunaikan solat Zuhur. Lakukanlah selama waktu yang ditaksirkan dan lebih sedikit sebagai langkah yang lebih selamat. In sya Allah, Allah akan membantu dalam hal

Bolehkah solat jamak dilakukan sepanjang seseorang itu dalam pelayaran?

Solat jamak adalah anugerah dan hadiah dari Allah s.w.t lantaran sifat rahmat dan kasih-sayangNya terhadap hamba-hambaNya kerana mengharungi kepayahan dan kesusahan pelayaran. Oleh itu, seseorang boleh melakukan solat jamak ketika masih lagi dalam pelayaran walaupun ada kemudahan untuk melakukan solat pada waktunya. Akan tetapi jika ia ingin melakukan solat biasa, dan tidak dijamakkan atau diqasarkan, maka ia tidak salah dalam Islam.
Perlu diingatkan di sini bahawa solat jamak hanya boleh dilakukan dalam pelayaran. Apabila sampai di destinasi tujuan, ia masih terus boleh lakukan solat jamak selama 3 hari, tidak termasuk hari tiba dan pulang. Selepas itu, dia tidak boleh lagi lakukan solat jamak dan harus melakukan solat seperti biasa.

Berapa jauhkah jarak tempat yang membolehkan seseorang yang berjalan jauh untuk melakukan solat jamak?

Jika kita hendak melakukan solat jama’, jarak diantara tempat yang kita beredar dengan tempat destinasi kita hendaklah melebihi 80km.

Bolehkah seseorang itu jamak solatnya kerana waktu kerja yang tidak mengizinkan melakukan solat pada waktunya?

Solat jamak adalah kelonggaran yang Allah s.w.t berikan kepada mereka yang musafir. Bagi mereka yang berada dalam negara sendiri, mereka dilarang dari menjamakkan solat kecuali jika dalam keadaan darurat yang mana menghalang mereka dari mengerjakan solat. Darurat di sini bererti sesuatu keadaan dimana ia jarang-jarang berlaku, seperti setahun sekali, atau seumur hidup sekali.

Dalam keadaan bertugas yang mana amat sukar untuk mengerjakan solat, dan tugas tersebut memerlukan pemerhatian penuh, usaha-usaha perlu dilakukan untuk mengerjakan solat pada waktunya. Sekiranya semua usaha telah dilakukan dan tidak berjaya, dan sekiranya tugas tersebut amat penting dan genting, dan waktu tugas yang bertembung dengan waktu solat berlaku sekali sekala, maka dibenarkan untuk menjamak solat, kerana tiada jalan lain untuk mengerjakan solat kecuali untuk menjamakkannya. Ia adalah lebih baik dari mengqadha’ solat.

Apabila seseorang itu melakukan solat jamak, contohnya Zuhur pada waktu Asar, mana satukah harus dilakukan dahulu?

Solat yang disebutkan adalah Jamak Ta’khir. Bagi jamak ta’khir Zuhur pada waktu Asar misalnya, salah satu daripadanya boleh dilakukan dahulu. Walaubagaimanapun, menurut beberapa ulama, adalah baik Asar dilakukan dahulu kerana ia adalah waktu Asar. Sama juga apabila Maghrib dijamak pada waktu Isya’, salah satu daripadanya boleh dilakukan dahulu tetapi adalah baik Isya’ dilakukan dahulu.
Sama juga bagi jamak taqdeem, apabila melakukan Asar pada waktu Zuhur, atau Isya’ pada waktu Maghrib, adalah baik, Zuhur/ Maghrib dilakukan dahulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s